• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA KE MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAIJ)

25 November 2014 bersamaan 02 Safar 1436H - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan satu Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) bagi meninjau pelaksanaan Wakaf Tunai dan Saham Wakaf Johor.

Ahli rombongan MAIK terdiri daripada YABhg. Dato' Penasihat Khas kepada Yang Dipertua MAIK, Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail, YB SS Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad , YABhg. Dato' Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato' Haji Serpudin bin Mohamad dan pegawai-pegawai kanan MAIK.

Pihak MAIJ telah menyambut baik lawatan ini yang diwakili oleh YB Dato’ Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato Haji Noh Bin Gadot, YB SS Mufti Negeri Johor, Dato Haji Mohd Tahrir Bin Dato Kiai Haji Samsudin, YB SS Dato Timbalan Mufti Johor, Dato Haji Yahya Bin Ahmad, pegawai serta kakitangan MAIJ yang lain. Perbincangan bersama telah diadakan diantara MAIK dan MAIJ. Menerusi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak dapat berkongsi idea dan pandangan dalam perkembangan pembangunan wakaf serta aktiviti-aktiviti yang telah diadakan. Selepas perbincangan,pihak MAIK berpeluang mengadakan lawatan tapak ke Pusat Pembangunan Asnaf, Pusat Hemodialisis dan Pusat Pelindungan Wanita.

Di kesempatan ini juga, Mufti Negeri Kelantan dan Johor telah mentahnik dua bayi yang baru dilahirkan di Pusat Perlindungan Wanita. Diharap menerusi lawatan ini, MAIK dan MAIJ dapat menjalinkan ukhuwah dan kerjasama yang erat seterusnya membawa MAIK kearah yang lebih dinamik, progresif dan inovatif terutama di dalam pengurusan wakaf.

 

.

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini107
Kelmarin1629
Minggu Ini4106
Bulan Ini16216
Keseluruhan632955

X