• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Rabiul Akhir 16 1441
Jumaat Disember 13 2019

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERASMIAN TUDUNG SAJI CORNER

06 November 2014 bersamaan 13 Muharram 1436H - Perasmian Restoran Tudung Saji Corner telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan merangkap Tengku Yang Dipertua MAIK, Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Majlis ini berlangsung di Restoran Tudung Saji Corner yang beralamat di PT 438 Tingkat Bawah, Jalan Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah YABhg. Dato' Penasihat Khas kepada Yang Dipertua MAIK, Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail, YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Haji Faudzi bin Haji Che Mamat, YABhg. Dato' Timabalan Yang Dipertua MAIK, Dato' Haji Serpudin bin Mohamad dan pegawai-pegawai kanan MAIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menubuhkan Syarikat Masakan Anugerah Istimewa Kelantan (MAIK) Sdn. Bhd bagi menguruskan restoran Tudung Saji Corner. Tudung Saji Corner ini telah dibuka bermula pada 30 Oktober 2014 dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Tudung Saji Corner mempunyai pekerja seramai 17 orang dan beroperasi pada jam 7.00 pagi sehingga jam 12.00 malam. Antara menu masakan yang terdapat di Tudung Saji Corner ini adalah pelbagai jenis nasi bungkus, roti bakar, masalan ala carte, masakan western, dessert, jus buah dan pelbagai jenis makanan lagi.

Disediakan Oleh : Zulkipli Bin Yaacob

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1265
Kelmarin1801
Minggu Ini7893
Bulan Ini19279
Keseluruhan671718

X