• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN LEMBAGA INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB)

24 Disember 2014 bersamaan 2 Rabiul Awal 1436H - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berlangsung pada 24 Disember 2014 (Rabu) pada jam 12.30 tengahari bertempat di Bilik Mesyuarat tingkat 4, Bangunan Lama MAIK. Zakat Perniagaan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi tahun 2013 berjumlah RM 28,546.00 telah disampaikan oleh wakil pihak Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Yang Berusaha Tuan Haji Zulkifli bin Haji Mohd Don, Pegawai Khas Bahagian Kewangan dan Akaun Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada Yang Berbahagia Dato' Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Turut serta ialah Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Azri bin Abd Rahman, Imam Besar MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Hanapizi bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK, Yang Berusaha Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Pegawai Zakat MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Murtadha bin Haji Abdullah dan juga wakil Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pengarah Negeri Kelantan, Yang Berusaha Encik Jasmi bin Salleh.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1123
Kelmarin1623
Minggu Ini6001
Bulan Ini31717
Keseluruhan408252

X