• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SUMBANGAN BEKALAN KEPERLUAN DARIPADA MAIK KEPADA MANGSA-MANGSA BANJIR DI NEGERI KELANTAN

31 Disember 2014 bersamaan 9 Rabiul Awal 1436H - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengagihkan bekalan makanan, minuman dan lain-lain keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh Negeri Kelantan bermula pada 25hb Disember sehingga 29hb Disember 2014. Antara bekalan yang telah diagihkan adalah seperti beras, sardin, air mineral (1.5L), roti, dan sebagainya.

Pihak MAIK juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Jabatan, Agensi, Badan Sukarelawan dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan misi ini seperti Weststar Aviation Services, 21 Rejimen Askar Melayu Kem Pengkalan Chepa, Badan Sukarelawan (Oscar Aviation) dan Sukarelawan 4x4 (Lassox).

Antara bekalan yang telah disumbangkan oleh pihak MAIK kepada mangsa-mangsa banjir adalah sebagaimana jadual yang disertakan ini.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1171
Kelmarin1623
Minggu Ini6049
Bulan Ini31765
Keseluruhan408300

X