• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Syaaban 14 1441
Rabu April 08 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AL-QURAN/ YASIN/ TELEKUNG KEPADA MANGSA BANJIR JAJAHAN PASIR MAS DARI PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

14 Januari 2015 bersamaan 23 Rabiulawal 1436H - Pada 13 Januari 2015 lalu, satu majlis penyerahan sumbangan untuk mangsa banjir dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman telah diadakan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Rombongan daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah hadir bersama beberapa pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah seramai 10 orang yang diketuai oleh YBrs. En. Mohamad Fafed bin Derani, Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah. Manakala pegawai Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman terdiri daripada Al-Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Ismail, Pegawai Takmir Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan Al-Fadhil Ustaz Abd Mutalib bin Bashah, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Yan.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung pada jam 9.30 pagi yang disempurnakan penyampaiannya oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Kamal bin Ismail kepada YBrs. En. Azri bin Abd. Rahman, Setiausaha MAIK. Sumbangan yang disampaikan ini berupa 1000 naskhah Surah Yasin, 590 naskhah Al-Quran, 500 naskhah buku Muqaddam, 20 kotak kain telekung dan 20 kotak kain pelikat.

Pihak MAIK merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah serta Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman diatas keprihatinan dan sumbangan yang dihulurkan. Sumbangan ini akan diagihkan oleh pihak MAIK kepada beberapa buah masjid mukim dalam jajahan Pasir Mas yang terlibat dalam bencana banjir sebagaimana yang diamanahkan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ridwan bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Agama MAIK pada jam 10.40 pagi.

Disediakan Oleh : Mohd Afifi bin Ashaari @ Ahmad Ashaari

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1821
Kelmarin3533
Minggu Ini9153
Bulan Ini27719
Keseluruhan879019

X