• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Syaaban 8 1441
Jumaat April 03 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 1436H/2015M

20 Januari 2015 bersamaan 29 Rabiulawal 1436H - Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1436H/2015M yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 29 Rabiulawal 1436H bersamaan 20 Januari 2015 (Selasa) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan jam 6.30 petang. Ceramah khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul turut diadakan sebaik sahaja selesai solat fardhu Maghrib yang disampaikan oleh Pendakwah Bebas iaitu Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki Bin Abd Rani.

Turut hadir pada sambutan kali ini ialah YABhg Dato’ Haji Serpudin Bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YB Dato’ Abdullah Bin Yaa’kob, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK, YABhg Dato’ Nik Abdullah Bin Nik Daud, Ketua Jajahan Kota Bharu, YBrs Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran kawasan Masjid Muhammadi.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini375
Kelmarin4384
Minggu Ini13880
Bulan Ini7959
Keseluruhan859259

X