• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syawal 14 1441
Sabtu Jun 06 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN MANGSA BANJIR NEGERI KELANTAN DAN NEGERI TERENGGANU DARIPADA LEMBAGA ZAKAT SABAH

26 Januari 2015 bersamaan 5 Rabiulakhir 1436H - Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu oleh Lembaga Zakat Sabah telah berlangsung pada 26hb. Januari 2015 (Isnin) pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan Lama, MAIK. Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Negeri Kelantan berjumlah RM 50,000.00 dan sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Negeri Terengganu berjumlah RM30,000.00.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil pihak Lembaga Zakat Sabah, Yang Berusaha Encik Iwansuzairie bin Hari, Penolong Setiausaha Kanan Pentadbiran dan Kewangan dan Yang Berusaha Encik Wan Mohd Zakri bin Wan Yaacob, Penolong Setiausaha Pentadbiran Lembaga Zakat Sabah kepada Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan wakil dari Majlis Agama Islam Terengganu (MAIDAM), Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Noor bin Mohamed. Turut serta ialah Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha Encik Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, dan Pegawai Zakat MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Murtadha bin Haji Abdullah.

Bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Dato’ Timbalan Yang Dipertua, MAIK mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Sabah kerana datang dari jauh untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1242
Kelmarin3964
Minggu Ini21218
Bulan Ini21218
Keseluruhan1197249

X