• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Safar 19 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MASJID MUKIM SIRI 1/2015

Unit Pengurusan Masjid, Bahagian Agama, MAIK telah mengadakan Kursus Asas Pengurusan dan Pentadbiran Masjid Mukim Siri 1/2015 pada 13 hingga 15 Jun 2015 lalu bertempat di Hotel Emaslink Pacific, Kota Bharu. Kursus ini telah melibatkan 34 orang Pegawai Masjid Mukim (PMM) lantikan Januari dan Jun 2015. Peserta kursus adalah terdiri daripada 9 orang Imam Tua, 7 orang Imam Muda dan 18 orang Bilal.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai masjid mengenai asas pengurusan dan pentadbiran masjid. Melalui kursus ini, para Imam dan Bilal didedahkan dengan kaedah pengurusan dan pengimarahan masjid yang cemerlang. Antara modul yang diketengahkan dalam kursus ini ialah pengurusan masjid yang cekap dan efisien, peranan ahli jawatankuasa, penyampaian khutbah yang berkesan, pengurusan kewangan, kebersihan dan keceriaan masjid, pengurusan zakat dan sebagainya.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar yang mewakili YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua MAIK. Dalam ucapan perasmian tersebut beliau menegaskan bahawa Pegawai Masjid Mukim adalah aset kepada MAIK, justeru mereka hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej MAIK di mata masyarakat.

Pihak MAIK mengharapkan Imam-imam dan Bilal yang terlibat dalam kursus ini dapat memanfaatkan ilmu dan input yang diperolehi untuk diaplikasikan dalam pengurusan masjid mukim mereka.

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Bt Wan Adnan

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini163
Kelmarin1482
Minggu Ini7361
Bulan Ini26922
Keseluruhan599361

X