• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Safar 24 1441
Rabu Oktober 23 2019

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN RM25 JUTA KEPADA SEKOLAH PONDOK BERDAFTAR BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

10 Julai 2015M bersamaan 23 Ramadan 1436H (Jumaat) – YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM 25 juta kepada 116 sekolah pondok berdaftar di seluruh negara.

Acara penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan dalam satu Majlis Perasmian Tapak Kompleks Nasyrul Quran dan Pelancaran Tabung Dana Wakaf Kertas di Presint 14, Putrajaya. Turut hadir, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), menteri-menteri kabinet serta dif-dif jemputan yang lain.

Peruntukan sebanyak RM 25 juta tersebut diambil daripada Bajet tahun 2015 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di parlimen pada tanggal 10 Oktober 2014 yang lalu. Untuk rekod, negeri Kelantan merupakan negeri yang paling banyak menerima sumbangan tersebut iaitu sebanyak RM 9.781 juta yang mana ia akan memberi manfaat kepada 46 buah sekolah pondok berdaftar di seluruh Kelantan bagi tujuan pembangunan dan infrastruktur. Sumbangan tersebut akan dikreditkan terus ke dalam akaun pondok yang terpilih dan ia akan dipantau penggunaannya oleh JAKIM, dibantu oleh MAIN/JAIN setiap negeri. Pada majlis tersebut, Yang Berusaha Pegawai Dakwah, MAIK (mewakili YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, MAIK) dan Mudir Pondok Ihya’ Al-Ulum, Kg. Repek, Pasir Mas dipilih oleh pihak urusetia untuk menerima replika cek daripada YAB Perdana Menteri Malaysia sebagai simbolik penyerahan wang sumbangan sebanyak RM 9.781 juta kepada negeri Kelantan, untuk diagih kepada 46 buah sekolah pondok yang terpilih.

Selesai majlis penyerahan sumbangan RM25 juta tersebut, wakil-wakil MAIN/JAIN dan 5 orang tuan-tuan guru pondok setiap negeri diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Majlis berakhir dengan solat fardhu Isya’ dan solat sunat Tarawih berjamaah

Disediakan Oleh : Muhammad Adilin Hafeez Hj Mahmood Sabri

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini292
Kelmarin1310
Minggu Ini2895
Bulan Ini31884
Keseluruhan604323

X