• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Syawal 13 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HASIL WAKAF TENGKU KAYA PAHLAWAN

Majlis Penyampaian Sumbangan Hasil Wakaf Tengku Kaya Pahlawan telah diadakan pada 14 Julai 2015 bersamaan 27 Ramadhan 1436H di Dewan Utama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin Bin Mohamad, Timbalan Yang DiPertua MAIK, diiringi Yang Berusaha Encik Nik Fazul Fazlee Bin Nik Othman, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.

Sumbangan hasil wakaf berjumlah RM76,000.00 ini diagih dan disalurkan kepada 38 buah masjid mukim terpilih di seluruh jajahan Negeri Kelantan. Sumbangan ini bertujuan untuk melaksanakan amanah dan niat pewakaf iaitu Al-Marhum Tengku Chik Bin Al-Marhum Tuan Long Yunus atau lebih dikenali sebagai Tengku Kaya Pahlawan. Al-Marhum merupakan pewakaf terawal di Negeri Kelantan yang mewakafkan hartanya sepertimana yang tercatat didalam surat cara wakafnya pada tahun 1921. Antara isi kandungan surat cara tersebut:

“Dan satu usyur 1/10 yang baki lagi ambil buat kebajikan bagiku tiap jumaat dan aku jadikan pahala wakaf ini bagi roh penghuluku Nabi Muhammad s.a.w dan pengaruhnya bagiku pada akhirat."

Sehingga ke hari ini, pihak MAIK menjaga amanah dan memperkembangkan hartanya dan seterusnya hasilnya diagihkan 9/10 kepada pewaris-pewaris almarhum dan 1/10 tujuan kebajikan pada setiap tahun (sebagaimana majlis pada hari ini).

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) setiasa komited dalam menggalas tanggungjawab sebagai Pengawal Tunggal bagi harta-harta wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana Seksyen 61 Enakmen MAIK bil 4/1994, selaras dengan visi MAIK untuk menjadikan sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitulmal dan wakaf yang terunggul di Malaysia.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2721
Kelmarin3595
Minggu Ini18733
Bulan Ini18734
Keseluruhan1194764

X