• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL KHUTBAH IMAM-IMAM MASJID MUKIM NEGERI KELANTAN TAHUN 2015

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sentiasa berusaha meningkatkan profesionalisme Imam dan Pegawai-pegawai masjid. Melalui Unit Pengurusan Masjid, program-program latihan berbentuk kursus, bengkel serta seminar diadakan saban tahun

Sehubungan itu, Bengkel Khutbah Imam-Imam Masjid Mukim 2015 telah diadakan pada 05 hingga 07 September 2015 lalu bertempat di Hotel Emaslink Pacific, Kota Bharu. Bengkel ini telah melibatkan 36 orang Imam-imam mukim negeri Kelantan.

Objektif utama bengkel adalah untuk meningkatkan kualiti penyampaian khutbah Imam-imam agar khutbah yang disampaikan benar-benar memberi kesan kepada pendengar atau ahli jemaah. Penyampaian khutbah sekali dalam seminggu membuktikan peranannya yang besar kepada masyarakat.

Menerusi bengkel ini para Imam telah diberi tunjuk ajar serta pendedahan secara langsung mengenai teknik-teknik dan kaedah penyampaian khutbah yang baik. Antara modul yang diketengahkan dalam bengkel ini ialah Hukum-hakam Khutbah, Penyampaian Khutbah Yang Berkesan, Kemahiran Bahasa Melayu/Bahasa Arab Dalam Pengucapan dan sebagainya.

Penceramah dan pembimbing bengkel adalah terdiri daripada Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad; Mufti Negeri Kelantan, Al-Fadhil Ustaz Wan Hasan bin Mohamad; Ahli Jemaah Ulama’ MAIK, En. Che Rasid bin Ismail; Munsyi Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka) dan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hana Pizi bin Abdullah; Imam Besar MAIK.

Pihak MAIK mengharapkan Imam-imam dapat memanfaatkan ilmu dan input yang diperolehi dalam bengkel ini untuk meningkatkan mutu penyampaian khutbah masing-masing.

Disediakan Oleh : Siti Marzilah Binti Abdullah

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini183
Kelmarin1421
Minggu Ini183
Bulan Ini25899
Keseluruhan402434

X