• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Zulhijjah 17 1440
Ahad Ogos 18 2019

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN OLEH RHB ISLAMIC BANK BERHAD KEHADAPAN YANG BERHORMAT MULIA TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

21 Oktober 2015 ( Rabu ) - Majlis Persembahan Zakat Perniagaan oleh RHB Islamic Bank Berhad kehadapan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan telah berlangsung pada 21 Oktober 2015 pada jam 12.00 tengahari bertempat di Dewan Utama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sejumlah RM150,000.00 Zakat Perniagaan bagi tahun 2014 telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ibrahim bin Hassan, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad kehadapan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan dan juga Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Turut serta ialah Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha Encik Nik Azri bin Abd Rahman, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Nik Fazul Fazlee bin Nik Othman, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Murtadha bin Haji Abdullah, Pegawai Zakat MAIK dan juga wakil-wakil Pegawai Kanan RHB Islamic Bank Berhad. Semoga bayaran yang dilaksanakan oleh RHB Islamic Bank Berhad ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini724
Kelmarin1494
Minggu Ini10567
Bulan Ini33857
Keseluruhan498333

X