• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Khamis Oktober 17 2019

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS QURBAN BERKUMPULAN PADA HARI RAYA KETIGA AIDIL ADHA TAHUN 1436H/2015M

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan telah berkenan untuk berangkat ke Majlis Qurban Hari Raya Aidil Adha yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 12 Zulhijjah 1436H bersamaan 26 September 2015 (Sabtu) bertempat di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu mulai jam 8.00 pagi.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Serpudin Bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YB. Tuan Shahidani Bin Abd Aziz, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB. Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Haji Mohamad, Mufti Negeri Kelantan, YB. Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK, YABhg Dato’ Haji Nazran Bin Muhammad, Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, YM. Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Bin Dato’ Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa), Ketua Istiadat Kelantan, YM Dato’ Ir Syed Ab Rahman Bin Syed Abdullah, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan, YABrs Haji Adnan Bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YABrs Tuan Nik Pakheruddin Bin Nik Abdul Kadir, Penglola Istana D’Raja Kelantan, YABrs Haji Abd Aziz Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, YBrs Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha MAIK, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan MAIK serta jemputan dan orang awam yang berdekatan.

Pada majlis tersebut, sebanyak 44 ekor lembu telah dikorbankan dan acara qurban itu bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan pada jam 8.30 pagi. Acara qurban tersebut berakhir pada jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1502
Kelmarin1418
Minggu Ini5669
Bulan Ini25230
Keseluruhan597669

X