• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

WAWANCARA “WAKAF” DALAM RANCANGAN NASI LEMAK KOPI ‘O’ TV 9

Pada 5 September 2015, satu wawancara khas bersama Yang Berhormat Sahibul Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi “O” TV9 telah bersiaran langsung dari Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu sempena Karnival Raudhah 2015.

Wawancara ini membincangkan pelbagai isu pembangunan dan aktiviti-aktiviti wakaf dibawah kawalan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai pengawal tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan. Yang Berhormat Dato’ Mufti Kelantan turut mengupas produk baharu wakaf yang bakal dilancarkan oleh pihak MAIK iaitu Waqaf Tunai. Produk Waqaf Tunai diterima baik oleh masyarakat dan pihak MAIK bersedia memberi perkhidmatan mesra pengguna dengan kaedah sumbangan melalui e-payment (portal MAIK), kaunter dan potongan gaji. Sempena dengan Karnival Raudhah 2015, Kaunter Unit Wakaf turut disediakan di Booth MAIK dengan paparan digital berkaitan aktiviti wakaf untuk memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan informasi terkini berkaitan wakaf dibawah kawalan MAIK.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Tags: ,

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini177
Kelmarin1421
Minggu Ini177
Bulan Ini25893
Keseluruhan402428

X