Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat menunaikan Solat Fardhu Jumaat Di Masjid Mukim Teliar, Daerah Bunut Susu, Jajahan Pasir Mas dan Majlis Pengurniaan Bantuan Kebakaran Serta Lawatan Ke Tapak Pondok Madrasah Ad Diniah Al Yusufiah, Gelang Mas, Bunut Susu, Pasir Mas pada 25 Zulhijjah 1436 bersamaan 09 Oktober 2015 bertempat di Masjid Mukim Teliar, Jajahan Pasir Mas mulai jam 12.45 tengah hari.
Selesai menunaikan solat fardhu Jumaat, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan mengampuni perkenan untuk mengurniakan bantuan kebakaran kepada Pondok Madrasah Ad Diniah Al Yusufiah, Gelang Mas, Bunut Susu, Pasir Mas sebanyak RM 30,000.00 dan bantuan kepada 61 orang pelajar pondok tersebut yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 122,000.00. Turut serta dalam program tersebut ialah YBM. Dato’ Tengku Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, YABhg. Dato’ Haji Serpudin Bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBhg Dato’ Nik Kamaruddin Bin Ismail, Penasihat Khas Kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK, YB. Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YB. Tuan Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah JAHEAIK, YB. Tuan Rozi Bin Muhamad, ADUN Tendong, YABrs Tuan Haji Dr. Che Hamat Bin Che Muda, Ketua Jajahan Pasir Mas, YABrs. Tuan Nik Pakheruddin Bin Nik Abdul Kadir, Penglola Istana D’Raja, YBrs. Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan YBrs. Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Abdullah, Imam Besar Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan serta Pegawai-pegawai Kanan MAIK dan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para muslimin dikalangan penduduk tempatan.
Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh