• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

HAJAT DIPANJATKAN RESTU DIPOHON

Sempena menghadapi beberapa peperiksaan utama yang bakal menyusul, Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra telah mengadakan Majlis Solat Hajat Anak-Anak Darul Aitam pada 7 oktober 2015 bertempat di Masjid al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji. Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan diikuti Solat Hajat serta bacaan Yasin yang diketuai oleh AF Ustaz Muhammad Hana Pizi bin Abdullah, Imam Besar MAIK.

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi penghuni Darul Aitam MAIK. Namun, pada tahun ini, anak-anak Darul Aitam amat bertuah kerana YABhg. Dato’ Haji Serpudin bin Muhamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK berbesar hati untuk bersama-sama penghuni menunaikan Solat Hajat seterusnya menyampaikan amanat kepada para penghuni. Diharapkan agar segala amanat dan pengalaman yang disampaikan oleh YABhg. Dato’ dapat menjadi perangsang kepada semua penghuni agar hidup dengan lebih bermotivasi dan gigih berusaha dalam setiap pelajaran dan bidang yang diceburi.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah En.Mohd. Azri bin Ab Rahman, Setiausaha MAIK, dan En. Mohd. Norhisham bin Abdullah, Pegawai Pengurusan Am MAIK serta para kakitangan Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Disediakan Oleh : Sukkma Binti Mohd Zain

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini183
Kelmarin1421
Minggu Ini183
Bulan Ini25899
Keseluruhan402434

X