• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK JOHAN ANUGERAH INOVASI ICT PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2015

10 Disember 2015 bersamaan 28 Safar 1437H – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyertai dan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan 2015 bagi kategori ICT.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YABhg. Dato' Haji Adnan bin Hussin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan) yang berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim sempena Majlis Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2015.

Pertandingan tersebut telah diadakan pada 08 November 2015 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. MAIK melalui Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia dengan kerjasama Unit Agihan telah mengetengahkan Sistem Bantuan IPT Online sebagai sistem yang dipertandingkan.

Sistem Bantuan IPT Online merupakan permohonan bantuan bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) dengan menyediakan perkhidmatan atas talian kepada pelajar yang layak. Perkhidmatan tersebut memberi kemudahan kepada para pelajar untuk mengemukakan permohonan bantuan berkenaan tanpa perlu beratur dikaunter bagi mendapatkan borang. Perkhidmatan ini juga secara tidak langsung memudahkan urusan kakitangan MAIK untuk mengemaskinikan permohonan serta proses membuat bayaran bantuan.

MAIK juga turut mengadakan Pameran Bantuan IPT Online di Majlis Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif Perkhidmatan Awam 2015 selama dua hari pada 09 hingga 10 Disember 2015. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri Kelantan dan persekutuan.

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini170
Kelmarin1421
Minggu Ini170
Bulan Ini25886
Keseluruhan402421

X