• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Syaaban 14 1441
Rabu April 08 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CO-OPBANK PERSATUAN BAGI TAHUN 2015

16 November 2016 (Rabu) - Satu program meraikan pihak Co-opbank Persatuan menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2015 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 16 November 2016 (Rabu) pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Cek Zakat perniagaan berjumlah RM22,321.01 ini telah diserahkan oleh Yang Berusaha Encik Omar bin Haji Mat Som, Naib Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Co-opbank Persatuan. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Rasul, Ketua Pegawai Kewangan Co-opbank Persatuan serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Co-opbank Persatuan telah membuat pembayaran zakat sebanyak 7 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Co-opbank Persatuan ini terus kukuh sebagai antara institusi unggul perbankan di tanahair Malaysia ini dengan segala pelaburannya diberkati Allah swt.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1909
Kelmarin3533
Minggu Ini9241
Bulan Ini27807
Keseluruhan879107

X