• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM DISKUSI BUKU AJARAN TASAWWUF ULAMA’ NUSANTARA

Pada 8 Ogos 2016 telah berlangsungnya program Diskusi Buku Ajaran Tasawwuf Ulama’ Nusantara yang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM), Kuala Lumpur anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(APIUM).

Diskusi buku ini merupakan pertama kali diadakan dengan kerjasama APIUM dan mendapat sambutan yang sangat baik dari pihak APIUM, para pelajar dan hadirin yang datang. Program yang berlangsung selama separuh hari ini telah dikupas oleh tiga ahli panel yang pakar dalam bidang tasawwuf, penyelenggara buku Ajaran Tasawwuf Ulama’ Nusantara dan anak kepada penulis buku ini. Mereka adalah Sarjana Tamu Institut Islam Hadhari Univeristi Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof. Dato’ Zakaria Stapa, Pensyarah Sains Politik dan Pengajian Islam Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Ahmad El-Muhammady bin Muhammad Uthman El-Muhammady dan Editor Buku MAIK, Abdul Razak Mahmud. Diskusi ini telah dimoderatorkan oleh Profesor Madya Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam APIUM, Profesor Madya Dr Che Zarrina binti Sa’ari.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Mufti Negeri Kelantan, Dato’ Hj Mohamad Shukri bin Mohamad dan Pengarah APIUM, Profesor Dato’ Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Yusuf. Program ini telah dihadiri oleh 500 peserta yang terdiri daripada Mahasiswa-mahasisiwi APIUM, Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sekitar Lembah Klang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pelajar-pelajar Darul Quran Kuala Kubu Baru, para pensyarah dan kakitangan APIUM dan juga peserta persendirian serta persatuan tasawwuf.

Majlis berakhir dengan pelancaran buku Ajaran Tasawwuf Ulama’ Nusantara terbitan MAIK yang telah dirasmikan dan dilancarkan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK

Disediakan Oleh : Muslihah Binti Che Mat Rani

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags: ,

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini575
Kelmarin545
Minggu Ini1120
Bulan Ini25043
Keseluruhan547977

X