• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL KEARAH PELAKSANAAN ELECTRONIC FUND TRANSFER (EFT) MAIK

10 Disember 2016 (SABTU) - Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Bengkel Kearah Pelaksanaan Electronic Fund Transfer (EFT) MAIK bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Bengkel tersebut melibatkan 40 orang peserta daripada pegawai dan kakitangan yang terlibat secara terus dengan sistem iaitu Sistem Pengurusan Zakat & Agihan, Sistem Pengurusan Imam dan Masjid (Elaun Imam), Sistem Perakaunan dan Belanjawan serta Pentadbir Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (SPMB). Bengkel ini adalah bertujuan untuk memastikan perlaksanaan Electronic Fund Transfer (EFT) dalam pengurusan teknikal kewangan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu MAIK dapat diseragamkan dengan baik.

Bengkel ini dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi. Turut hadir juga Yang Berusaha En. Mohd Azri Abd Rahman, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, En. Nik Jessim Nik Hashim dan juga Al Fadhil Tuan Haji Murtadha Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK.

Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini12
Kelmarin1196
Minggu Ini2299
Bulan Ini25442
Keseluruhan160220

X