• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) BAGI TAHUN 2016

15 Disember 2016 (Khamis) - Satu program meraikan pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2015 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 15 Disember 2016 (Khamis) pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Cek Zakat perniagaan berjumlah RM27,229.00 ini telah diserahkan oleh Yang Berusaha Encik Jasmi bin Mohd Salleh, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah membuat pembayaran zakat sebanyak 9 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini183
Kelmarin1421
Minggu Ini183
Bulan Ini25899
Keseluruhan402434

X