• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN AKHIR TAHUN DARUL AITAM 2016, MAIK

Sempena berakhirnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, pengurusan Darul Aitam telah menganjurkan Lawatan Akhir Tahun pada 1 hingga 4 Disember 2016.

Penyertaan oleh 40 orang terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 15 pelajar perempuan serta 15 orang urusetia dan kakitangan Darul Aitam telah dibawa melawat ke beberapa tempat di negeri Kedah termasuk ke Pulau Langkawi.

Kunjungan pertama lawatan ialah ke Langkawi Tourism Academy (Kolej Komuniti Langkawi) bertempat di Mukim Kedawang, Langkawi. Rombongan telah disambut oleh pegawai-pegawai kolej diketuai oleh Puan Zainab Binti Othman, Pengarah Langkawi Tourism Academy. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hirzanisma Juliati Bt Hasfani Azilan yang menerangkan tentang peluang serta bidang pengajian yang disediakan oleh pihak kolej.

Sepanjang tiga hari berada di Langkawi, rombongan telah dibawa ke tempat-tempat menarik dan bersejarah. Antara tempat yang dikunjungi termasuk melihat Lagenda Mahsuri di Makam Mahsuri dan Beras Terbakar, menyaksikan panorama indah kepulauan Langkawi terutama Pulau Dayang Bunting dan melihat kehidupan laut di Akuarium Underwater World dan menaiki kereta kabel untuk menikmati keindahan sekitar pulau dari atas Gunung Mak Chincang.

Dalam perjalanan pulang, rombongan turut dibawa melawat ke Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Kayu Hitam untuk mendengar taklimat dan penerangan tentang peluang pengajian yang disediakan di sana. Diharapkan lawatan kali ini dapat memberi manfaat serta membuka minda anak-anak yatim tentang peluang yang ada sekiranya mereka berminat dan berhajat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Disediakan Oleh : Sukkma Binti Mohd Zain

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini80
Kelmarin1549
Minggu Ini5796
Bulan Ini25357
Keseluruhan597796

X