• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Zulhijjah 17 1440
Ahad Ogos 18 2019

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN 2016

16 November 2016 (Rabu) - Satu program meraikan pihak Percetakan Nasional Malaysia Berhad menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2015 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 8 Disember 2016 (Khamis) pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Cek Zakat perniagaan berjumlah RM9,118.50 ini telah diserahkan oleh Yang Berusaha Puan Rosilawati binti Kahar, Pengurus Percetakan Nasional Malaysia Berhad Cawangan Kota Bharu, Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Noor Azwan bin Mohd Nor, Eksekutif Pemasaran serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Percetakan Nasional Malaysia Berhad telah membuat pembayaran zakat sebanyak 8 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya Percetakan Nasional Malaysia Berhad ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini747
Kelmarin1494
Minggu Ini10590
Bulan Ini33880
Keseluruhan498356

X