• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syawal 14 1441
Ahad Jun 07 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM SYARAHAN PERDANA TOK KENALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE 104 PENUBUHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah berjaya menganjurkan Program Syarahan Perdana Tok Kenali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 104 Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Program ini telah diadakan pada 15 November, 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Baharu dan disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan. Turut berangkat ke program tersebut ialah Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Program yang julung-julung kali yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT). Program yang luar biasa ini telah mendapat sambutan begitu ramai peserta. Lebih daripada 1,200 orang peserta telah hadir di program ini yang terdiri daripada Imam-Imam Masjid Mukim dan Jajahan Negeri Kelantan, pelajar-pelajar sekolah Jabatan Pendidikan Negeri dan Yayasan Islam Kelantan, Pelajar-Pelajar Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Penuntut Universiti Tempatan serta Universiti Prince of Songkla, Selatan Pattani dan Zuriat Tok Kenali serta masyarakat awam.

Objektif utama penganjuran program ini supaya dapat menarik minat peserta untuk mengetahui secara umum tentang cabaran dan perkembangan ketamadunan ilmu dan Islam terkini serta memberi pendedahan tentang keperluan memartabatkan institusi keagamaan, pendidikan dan ketamadunan ilmu serta peradaban Melayu yang menjadi pemangkin kepada modal insan ke arah penyatuan bangsa selain bagi memperkenalkan satu platform baharu dalam menyampaikan gagasan idea bagi pembangunan intelektual masyarakat.

Penceramah yang diundang khas program ini ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin haji Abdul Majid dengan tajuk Pendidikan Penjana Modal Insan: Berintelek, Berakhlak dan Berintigriti.

Menariknya program Syarahan Perdana Tok Kenali ini, para hadirin telah disajikan dengan suatu pementasan teater fragmental ulamak tersohor Tok Kenali yang diarahkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, YABhg. Dr. Haji Mohd Azlan bin Ab Hadi. Ternyata para jemputan amat gembira dan berpuashati dengan persembahan teater tersebut.

Menurut YABhg. Dr. Haji Mohd Azlan bin Ab Hadi bahawa “teater sebagai satu daripada tarikan baru untuk menyampaikan dakwah dan menarik lebih ramai anak muda untuk lebih mengenali tokoh-tokoh ulama yang tersohor suatu ketika dahulu. Selain itu, juga menjadi objektif utama MAIK untuk mempromosikan dakwah kepada seluruh rakyat di negeri ini dan juga seantero dunia umumnya”. Hadir sama YB. Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamed, Mufti Negeri Kelantan, Presiden PERADABAN,YBhg. Dato’ Haji A.Aziz Deraman.

Disediakan Oleh : Raja Husni B Raja Hasan

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini346
Kelmarin3455
Minggu Ini23777
Bulan Ini23777
Keseluruhan1199808

X