• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Syawal 14 1441
Ahad Jun 07 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS GURU AGAMA ORANG ASLI (GAOA) MAIK

28 hingga 31 Disember 2015M bersamaan 16 hingga 19 Rabiulawal 1437H (Isnin - Khamis) – Unit Dakwah, Bahagian Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Kursus Guru Agama Orang Asli (GAOA), MAIK bertempat di Perdana Resort PCB Beach, Kota Bharu, Kelantan. Kursus tersebut melibatkan seramai 44 orang Guru Agama Orang Asli, MAIK dari Pos Orang Asli seluruh negeri Kelantan merangkumi 30 orang lelaki dan 14 orang perempuan.

Kursus tersebut antara lain adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada Guru Agama tentang tanggungjawab mereka sebagai pendakwah terutama di perkampungan Orang Asli, selain dapat melahirkan Guru Agama yang berdisiplin, jujur dan ikhlas seterusnya memberi motivasi kepada mereka dalam urusan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Kursus seumpama ini adalah aktiviti/program yang dirancang khas kepada Guru Agama Orang Asli, MAIK sejajar dengan saranan YTM Tengku Yang Dipertua, MAIK yang mengkehendaki seluruh warga MAIK mendalami ilmu supaya menjadi insan yang berpengetahuan dalam segala aspek kehidupan.

Kursus selama 4 hari 3 malam ini diisi dengan 9 sesi kuliah dan juga bengkelAl-Quran yang dikendalikan oleh Yayasan Al-Baghdadi. Pada kursus kali ini, peserta dibawa melawat Muzium Negeri Kelantan untuk melihat Pameran Pendidikan Perdana yang memaparkan tentang kisah Tok Janggut (Pahlawan Melayu Kelantan), Sultan Muhammad Al-Fateh (Penakluk Konstantinopel) dan Misteri Fira’un (Musuh Para Nabi). Ini adalah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Muzium Negeri Kelantan dan lawatan ini cukup memberi kesan kepada para peserta.

Majlis penutup Kursus Guru Agama Orang Asli (GAOA), MAIK kali ini dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Haji Serpudin bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Pada majlis penutup tersebut, beliau berbesar hati untuk menyerahkan Sijil dan Kad Tauliah Mengajar Agama, MAIK kepada Guru Agama Orang Asli, MAIK yang terpilih, selain sijil kursus kepada kesemua peserta. Sebelum berlangsungnya majlis penutup, diadakan Forum Dakwah Semasa bertajuk ”Hala Tuju Dakwah 2016” yang membariskan ahli panel terdiri daripada wakil MAIK, JAKIM dan JAHEAIK. Diharap kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dan segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

 

Disediakan Oleh : Muhammad Adilin Hafeez Hj Mahmood Sabri

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini291
Kelmarin3455
Minggu Ini23722
Bulan Ini23722
Keseluruhan1199753

X