• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Safar 18 1441
Jumaat Oktober 18 2019

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM KHATAN PERDANA MASYARAKAT ORANG ASLI TAHUN 2016

18 hingga 25 Disember 2016M bersamaan 18 hingga 25 Rabiulawal 1438H (Ahad - Ahad) – Unit Dakwah, Bahagian Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Program Khatan Perdana Masyarakat Orang Asli Tahun 1438H/2016M bertempat di Hospital Gua Musang, Kelantan dan Pusat Latihan Dakwah MAIK, Lojing (tempat berpantang). Program tersebut melibatkan seramai 40 orang peserta berumur antara 8 tahun hingga 16 tahun.

Antara objektif penganjuran program ini ialah membuka peluang kepada saudara baharu Orang Asli menjalani ibadat berkhatan yang dituntut oleh syariat Islam serta menanam semangat sukakan kebersihan dan cintakan agama disamping memartabatkan sunnah Rasulullah S.A.W.

Program khatan ini adalah dengan kerjasama pihak Hospital Gua Musang yang mana seramai 12 orang kakitangan hospital terlibat dalam melaksana dan menjayakan proses berkhatan kepada peserta Orang Asli tersebut. Selama 7 hari tempoh berpantang di Pusat Latihan Dakwah MAIK, Lojing, para peserta telah dijaga dengan rapi oleh petugas yang terdiri daripada Guru Agama Orang Asli (GAOA), MAIK dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), JAKIM.

Diharap program ini memberi manfaat kepada para peserta dan segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

 

Disediakan Oleh : Muhammad Adilin Hafeez Hj Mahmood Sabri

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini87
Kelmarin1549
Minggu Ini5803
Bulan Ini25364
Keseluruhan597803

X