• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Syawal 13 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM PROMOSI KAUNTER LUAR ZAKAT BULAN RAMADHAN 1437H

Majlis Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa proaktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya rakyat Negeri Kelantan untuk bersama membangun dan membantu golongan asnaf menerusi bantuan Zakat.

Sehubungan dengan itu, Unit Zakat telah mengadakan promosi Zakat dengan membuka kaunter luar zakat sepanjang bulan Ramadhan 1437Hijrah bermula 6 Jun sehingga 4 Julai 2016.

Antara lokasi yang terpilih adalah di KB Mall, Tesco, Aeon Mall, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Kilang Rohm Wako, Hotel Perdana serta di bangunan Tabung Haji. Selain itu, Van Bergerak MAIK turut mengadakan siri promosi zakat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli, Pengkalan Chepa dan Bachok, Politikenik Jeli dan Kota Bharu, Wisma Persekutuan Kota Bharu, UiTM Machang dan Kota Bharu, Dataran Ilmu Kota Bharu, LHDN Kota Bharu dan di Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan.

Pembukaan Kaunter Luar Zakat ini bukan sahaja mempromosikan kewajipan berzakat, malah memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat pengiraan zakat secara percuma serta membantu masyarakat dalam pelbagai kemusykilan berkaitan kutipan dan agihan zakat.

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat serta petugas-petugas kaunter yang memberi komitmen padu di sepanjang program ini berlangsung. Pihak MAIK juga mendoakan semoga Allah memberi ganjaran atas pembayaran zakat yang dilaksanakan dan mudah-mudahan diberkati Allah Taala.

Disediakan oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini539
Kelmarin3595
Minggu Ini16551
Bulan Ini16551
Keseluruhan1192582

X