• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Jamadil Akhir 27 1441
Sabtu Februari 22 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS MESRA ‘IDULFITRI BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI BAGI TAHUN 1437H/ 2016M BERTEMPAT DI POS PASIK, GUA MUSANG, KELANTAN

8 Ogos 2016M bersamaan 5 Zulkaedah 1437H (Isnin) – Unit Dakwah, Bahagian Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Majlis Mesra ‘Idulfitri Bersama Masyarakat Orang Asli Bagi Tahun 1437H/ 2016M bertempat di Pos Pasik, Gua Musang, Kelantan.

Untuk sampai ke Pos Pasik, ia mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan dari Bandar Gua Musang melalui jalan berbukit dan hutan rimba.

Majlis seumpama ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak MAIK dalam usaha bersama-sama masyarakat Orang Asli di pedalam meraikan salah hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya ‘Idulfitri, selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan MAIK, Guru-guru Agama Orang Asli MAIK dan juga agensi kerajaan lain bersama masyarakat Orang Asli negeri Kelantan. Objektif lain dalam penganjuran majlis seumpama ini ialah menunjukkan sikap kecaknaan pihak MAIK kepada penduduk pedalam dan membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli tidak pernah dipinggirkan dalam usaha memartabatkan syiar agama Islam.

Majlis Mesra ‘Idulfitri ini disempurnakan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua, MAIK. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah YM Tuan Haji Zainal Abidin bin Tuan Yusuf, Ketua Jajahan Gua Musang, YDH Tuan OCPD Gua Musang, Pegawai-pegawai Kanan MAIK, Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) serta wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Semoga majlis ini memberi seribu satu kenangan manis kepada seluruh penduduk Orang Asli Pos Pasik dan segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan juga keredaan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh : Muhammad Adilin Hafeez Bin Hj Mahmood Sabri

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini390
Kelmarin1633
Minggu Ini8209
Bulan Ini29317
Keseluruhan772353

X