• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Syawal 13 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SULUK : PENGALAMAN LUAR BIASA BAGI ANAK-ANAK DARUL AITAM

Kem Pemantapan Iman (KPI) Siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada 5 dan 6 Mei yang lalu bertempat di Pondok Tok Selehor, Kampung Kok Keli, Tumpat. Program ini dikelolakan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Masjid al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak yang terdiri dari kalangan anak-anak Darul Aitam Putera dengan kerjasama kakitangan Darul Aitam.

Program KPI Siri 1 ini memfokuskan aktiviti utama di Pondok Tok Selehor iaitu program bersuluk di Tempat Bersuluk Tok Selehor. Seramai 57 penghuni Darul Aitam Putera terlibat dalam program berkenaan. Antara tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengalaman baru bagi para peserta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Dr.Ikbal Hisham bin Ahmad Tajuddin, manakala Kuliah Subuh keesokannya disampaikan oleh Ustaz Rohaizat bin Hussin.

Slot bagi aktiviti bersuluk diuruskan oleh cicit Tok Selehor, dimulai dengan taklimat seterusnya aktiviti berzikir dan bersuluk berseorangan atau berdua secara bergilir sehingga jam 3.00 pagi.

Adalah diharapkan, program ini mampu membersihkan hati anak-anak ini agar menjadi insan yang beriman dan bertaqwa.

Disediakan Oleh : Azmi Bin Mat

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2863
Kelmarin3595
Minggu Ini18875
Bulan Ini18875
Keseluruhan1194906

X