• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM AMAL UITM KOTA BHARU “SEMANIS KASIH DARUL AITAM, MAIK”

Pihak Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, telah menganjurkan Program “Semai Kasih Darul Aitam, MAIK” hasil kerjasama dengan seorang tenaga pengajar sukarela Puan Hajjah Siti Maziah binti Ab Rahman yang merupakan Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Kota Bharu yang berlangsung pada 1 Mei 2016 bertempat di Bilik Seminar, Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Program yang bertajuk “My English: How Do I Care” adalah memfokuskan cara untuk mempelajari bahasa Inggeris secara berkesan dan menyeronokkan. Seramai 109 orang penghuni Darul Aitam MAIK yang terlibat dengan program tersebut dan turut dibantu oleh beberapa sukarelawan dari kalangan pelajar jurusan Statistik, UiTM KB. “Program ini mendedahkan saya kepada pelbagai kaedah untuk belajar bahasa Inggeris iaitu melalui pembacaan surat khabar, menonton televisyen, menghafal lirik lagu Inggeris dan sebagainya. Tawaran Kelas Bimbingan Bahasa Inggeris secara sukarela oleh Puan Hajjah Siti Maziah wajar disambut baik oleh pihak pengurusan,” ujar Mohd I’rfan Sakhawi, penghuni Darul Aitam Putera.

Berikutan itu, tenaga pengajar sukarela telah bersetuju untuk mewujudkan satu kelas bimbingan bahasa Inggeris yang akan berlangsung setiap dua minggu khusus kepada 34 orang penghuni yang terpilih terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan penting pada tahun ini. Diharap, program ini dapat menjadi titik tolak kecemerlangan penghuni dalam pelbagai bidang.

Disediakan Oleh : Azmi Bin Mat

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini183
Kelmarin1563
Minggu Ini4445
Bulan Ini35892
Keseluruhan778928

X