• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) UTM RAZAK SCHOOL OF ENGINEERING AND ADVANCED TECHNOLOGY (RSEAT) BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DARUL AITAM MAIK

Program “Haiya Ilal Maahad” di bawah University Social Responsibility (USR) UTM Razak School of Engineering and Advanced Technology (RSEAT), UTM KL telah dijalankan dengan jayanya pada 30 April 2016 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Program yang melibatkan 20 orang pelajar pasca siswazah dan pensyarah UTM RSEAT serta sukarelawan dari JKR Kota Bharu, Kolej SPACE, ETM Prima Sdn. Bhd dan Persatuan Kebajikan An-Najah Selangor (PKAS) yang diketuai oleh Ir. Dr. Syuhaida Ismail, adalah bertujuan membantu anak-anak yatim menerusi sumbangan wang ringgit dan peralatan yang diperolehi dari warga kampus UTM KL dan masyarakat sekitar.

Di samping sumbangan yang dihulurkan, pihak UTM RSEAT juga telah menunjukkan satu demonstrasi kaedah-kaedah pembancuhan konkrit, kerja pemadatan, pengawetan konkrit serta pengujian konkrit. Segala ilmu, kemahiran, teknik dan proses kerja dilakukan bersama penghuni Darul Aitam bagi memberi pengalaman sebenar kepada penghuni secara teori dan praktikal.

“Melalui aktiviti ini kami didedahkan dengan dunia kejuruteraan dan bidang kerja seorang jurutera. Kami juga dapat mengenali beberapa jurutera dari luar negara yang belajar di Malaysia seperti Iran, China, Pakistan dan lain-lain,” jelas Nurul Adawiyah, penghuni Darul Aitam Puteri.

Program ini turut dihadiri oleh Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainal Mohamed dan En.Mohd Norhisyam Abdullah, Pegawai Pengurusan Am MAIK.

Kesimpulannya, program ini mencapai objektif yang diharapkan kerana pelajar mendapat pengalaman kerja membuat konkrit secara langsung, menanam sikap bertanggungjawab dalam bekerja, bertolak ansur sesama rakan, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain. Semoga program-program berbentuk khidmat masyarakat seperti ini akan dicontohi dan diteruskan oleh organisasi-organisasi lain di masa hadapan.

Disediakan Oleh : Azmi Bin Mat

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini143
Kelmarin1563
Minggu Ini4405
Bulan Ini35852
Keseluruhan778888

X