• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rejab 2 1441
Khamis Februari 27 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS MENANDATANGANI SURAT HASRAT UNTUK BEKERJASAMA (L.O.I) ANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

21 Julai 2016M bersamaan 16 Syawal 1437H (Khamis) – Satu majlis menandatangani Surat Hasrat Untuk Bekerjasama (L.O.I) antara Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, MAIK. Majlis yang julung-julung kali dan bersejarah ini bertujuan untuk menggalakkan usahasama dan faedah ke atas kedua-dua pihak iaitu MAIK dan UKM yang diwakili oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI).

Surat Hasrat Untuk Bekerjasama (L.O.I) ini akan bertindak sebagai rangka kerja am bagi kerjasama yang akan diadakan seperti berikut:

  • Bekerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, penerbitan dan persidangan.
  • Bekerjasama dalam program Latihan Amali Dakwah (Orang Asli) dan program yang berkaitan pelajar Prasiswazah dan Siswazah untuk manfaat bersama.
  • Pengembangan staf melalui kursus/bengkel anjuran bersama.
  • Perkongsian sumber ilmu dan kepakaran dalam membangunkan umat Islam di Malaysia.

Oleh yang demikian, sekiranya kedua-dua pihak ingin melaksanakan program secara kerjasama, maka kedua-dua pihak akan memasuki Memorandum Persefahaman (MoU) atau terus ke Memorandum Perjanjian (MoA) yang mana MoA tersebut akan mengikat kedua-dua pihak.

Pada majlis menandatangani L.O.I ini, YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan Abd. Hadi (Timbalan Yang Dipertua, MAIK) menurunkan tandatangan bagi pihak MAIK dan YBrs. Prof. Dr. Wan Kamal Mujani (Dekan FPI, UKM) bagi pihak UKM. Turut hadir pada majlis tersebut YBrs. Tuan Setiausaha, MAIK dan pegawai-pegawai kanan MAIK serta 4 orang wakil daripada FPI, UKM. Semoga majlis ini mendatangkan kebaikan yang berpanjangan bagi kedua-dua pihak dan segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan juga keredaan daripada Allah S.W.T.

Disediakan Oleh : Muhammad Adilin Hafeez Bin Hj Mahmood Sabri

 

#
www.flickr.com
                  #
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini87
Kelmarin1563
Minggu Ini4349
Bulan Ini35796
Keseluruhan778832

X