• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Syawal 12 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERSEMBAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN KPJ PERDANA SPECIALIST HOSPITAL BAGI TAHUN 2015 KEHADAPAN YANG BERHORMAT MULIA TENGKU TEMENGGONG KELANTAN

17 Oktober 2016 (Isnin) - Satu program meraikan pihak KPJ Perdana Specialist Hospital mempersembahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2015 kehadapan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan telah berlangsung pada 17 Oktober 2016 (Isnin) pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Utama, Tingkat 2, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Cek Zakat perniagaan berjumlah RM173,000.00 ini telah dipersembahkan oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Ahmad, Executive Director KPJ Perdana Specialist Hospital. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Yang Berusaha Dr Mahayidin bin Muhamad Medical Director KPJ Perdana Specialist Hospital serta pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak KPJ Perdana Specialist Hospital telah membuat pembayaran zakat sebanyak 7 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya KPJ Perdana Specialist Hospital ini terus kukuh sebagai antara pusat perubatan di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh KPJ Perdana Specialist Hospital ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini464
Kelmarin3595
Minggu Ini16476
Bulan Ini16476
Keseluruhan1192507

X