• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA MAIK KE PUSAT INFOTECH UITM CAWANGAN MACHANG KELANTAN

17 Januari 2017 bersamaan 18 Rabiulakhir 1438H – Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Infotech Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Machang Kelantan.

Seramai 21 orang ahli rombongan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MAIK terutamanya dari Unit Teknologi Maklumat & Multimedia dan Unit Pengurusan Projek yang turut serta dalam lawatan kerja ini. Turut hadir bersama ialah YBrs. Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman (Setiausaha MAIK).

Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan inovasi dalam bidang ICT seiring perkembangan teknologi yang semakin pesat pada masa ini. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan jalinan kerjasama di antara institusi tersebut dengan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Rombongan dibawa untuk melihat prasarana ICT di institusi tersebut seperti Data Center/Bilik Server Utama dan Perpustakaan Tengku Anis yang bersistematik.

Disediakan Oleh : Mohd Arief Syah Bin Mat Yazik

 

#
www.flickr.com

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini685
Kelmarin545
Minggu Ini1230
Bulan Ini25153
Keseluruhan548087

X