• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Rabiul Awal 17 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS RAMAH MESRA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK) BERSAMA RAKAN MEDIA TAHUN 1438H/2017M

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan merangkap Penasihat Khas Kepada Yang Dipertua MAIK telah berkenan untuk berangkat ke Majlis Ramah Mesra Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bersama Rakan Media Tahun 1438H/2017M pada 26 Rabiulakhir 1438H bersamaan 25 Januari 2017M (Rabu) bertempat di Dewan Kijang 2, Tingkat 1, Hotel Perdana, Kota Bharu mulai jam 8.00 malam.

Majlis dimulakan dengan persembahan ucapan aluan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan seterusnya titah ucapan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan serta persembahan multimedia ’Tayangan Video Korporat MAIK’. Majlis berakhir dengan pengurniaan cenderamata kepada rakan-rakan media yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah YB. Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YBrs Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha MAIK, YABrs Encik Mohd Roslee Bin Mohd Salleh, Pengarah Penyiaran Kelantan (RTM), jemputan khas rakan-rakan media iaitu Bahagian Pengurusan Korporat SUK, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat SUK, Urusetia Penerangan Negeri Kelantan, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) merangkumi Berita Harian, Metro, BERNAMA, Media Prima Prima Berhad, Jabatan Penyiaran Kelantan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Utusan Malaysia Dan Kosmo, Sistem Televisyen TV3 Berhad dan pegawai-pegawai kanan MAIK.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

 

#
www.flickr.com

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini781
Kelmarin1629
Minggu Ini4780
Bulan Ini16890
Keseluruhan633629

X