• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SOLAT JUMAAT, PENGURNIAAN ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN JAMUAN RAKYAT SEMPENA KEBERANGKATAN YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA KELANTAN DR. TENGKU MUHAMMAD FA-IZ PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA KE MASJID ISMAIL PETRA, JAJAHAN TANAH MERAH

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Jumaat, Pengurniaan Zakat Kepada Golongan Asnaf Dan Jamuan Rakyat Sempena Keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ke Masjid Ismail Petra, Jajahan Tanah Merah pada hari Jumaat, 06 Jamadilawal 1438H bersamaan 03 Februari 2017M bertempat di Masjid Ismail Petra, Jajahan Tanah Merah mulai jam 12.30 tengahari.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Jumaat berjemaah, Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Jawatankuasa Masjid Ismail Petra. Baginda Tuanku juga turut berkenan mengurniakan bantuan zakat kepada 100 orang asnaf fakir dan miskin sebanyak RM 300.00 seorang yang keseluruhannya berjumlah RM 30,000.00.

Turut hadir pada majlis ini ialah Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan), Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Ahli Parlimen Tanah Merah, YABrs Tuan Haji Norazman Bin Abd Ghani, Ketua Jajahan Tanah Merah, YABrs Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah, pegawai-pegawai kanan MAIK, tetamu-tetamu jemputan serta jemaah-jemaah masjid.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

#
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini377
Kelmarin1412
Minggu Ini1789
Bulan Ini30344
Keseluruhan452525

X