• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Syaaban 7 1441
Rabu April 01 2020

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PENGURUSAN DAN PELAJAR-PELAJAR MADRASAH AL-BADRIAH PONDOK JAL BESAR, TUMPAT, KELANTAN

Majlis penyampaian bantuan zakat kepada pihak pengurusan dan pelajar-pelajar Madrasah Al-Badriah, Pondok Jal Besar, Tumpat telah diadakan pada 1 Mac, 2017, bertempat di Pondok Jal Besar, Tumpat. Majlis penyampaian disempurnakan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Madrasah ini terlibat dengan kebakaran pada 28 Februari, 2017, lebih kurang jam 8.20 malam semasa pelajar-pelajar sedang mendengar tazkirah di madrasah berkenaan. Kebakaran ini memusnahkan 22 buah pondok pelajar 2 tingkat dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM218,000.00.

Sebagai tanda prihatin dan bersimpati di atas kejadian yang berlaku, MAIK telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM230,000.00 kepada Mudir Madrasah, AF Ustaz Saifulbaharin bin Che Ali bagi pembinaan semula pondok yang musnah di dalam kebakaran tersebut dan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap pelajar yang terlibat dengan musibah ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa Madrasah tersebut.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2954
Kelmarin3076
Minggu Ini8875
Bulan Ini2954
Keseluruhan854254

X