• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Syawal 13 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA RUMAH TERBAKAR DI JAJAHAN TANAH MERAH

Pada 7 Mac, 2017, Unit Agihan Zakat, MAIK bersama YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati kepada mangsa-mangsa rumah terbakar di Jajahan Tanah Merah iaitu Encik Jazura bin Nakman, Kampung Batu Hitam dan Encik Muhammad bin Ismail, Kampung Batu 11 Dalam.

Kebakaran rumah Encik Jazura bin Muhammad berlaku pada 27 Februari, 2017 semasa beliau dan isteri sedang berniaga iaitu menjual goreng pisang di Bandar Baru Kota Harmoni, Tanah Merah. Kebakaran ini memusnahkan keseluruhan rumah termasuk dokumen-dokumen, sebuah motosikal dan dua buah basikal. Pasangan ini mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah dan belajar di IPT. Salah seorang anak mereka merupakan OKU fizikal yang menerima bantuan JKM sebanyak RM120.00 sebulan.

Manakala kejadian kebakaraan rumah Encik Muhammad bin Ismail pula berlaku pada 12 Februari, 2017 yang memusnahkan keseluruhan rumah beliau. Kebakaran ini juga merupakan kebakaran yang kedua iaitu kebakaran pertama berlaku pada 2 Mac, 2017.

Mangsa mempunyai 7 orang anak di mana 3 orang masih dalam tanggungan iaitu belajar di sekolah rendah dan beliau mencari rezeki dengan bekerja kampung sahaja,

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2445
Kelmarin3595
Minggu Ini18457
Bulan Ini18457
Keseluruhan1194488

X