• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KE TANAH WAKAF DI KAMPUNG JEJABI KOTA BHARU KELANTAN

Pada 8 Mac 2017, satu lawatan tanah wakaf telah diadakan di Kampung Jejabi Mukim Banggu Kota Bharu yang dihadiri oleh Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi bersama Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Rusydee Bin Abdullah, Ketua Pegawai Pembangunan, Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim, Pegawai Wakaf, Pegawai dan Penolong Pegawai Audit Dalaman MAIK. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA Kelantan) iaitu Encik Johari Yap.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan semasa tapak tanah ini dan seterusnya untuk cadangan pembangunan yang sesuai untuk masa akan datang. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai pengawal utama hartanah wakaf di Negeri Kelantan, akan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkembangan wakaf menepati hukum syarak.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Tags: ,

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini615
Kelmarin545
Minggu Ini1160
Bulan Ini25083
Keseluruhan548017

X