• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM SUMBANGAN BANTUAN BANJIR KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH NARATHIWAT

Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengampuni perkenan bagi pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk memberi Sumbangan Bantuan Banjir Kepada Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat.

Program sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK pada 04 Rejab 1438H bersamaan 01 April 2017M (Sabtu), jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat. Sumbangan bantuan banjir tersebut adalah bertujuan untuk diagihkan kepada masjid dan pusat pengajian pondok yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pihak Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, pihak Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan, pihak Konsul Jeneral, Pejabat Konsul Diraja Thailand Kota Bharu, dan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini597
Kelmarin545
Minggu Ini1142
Bulan Ini25065
Keseluruhan547999

X