• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Safar 20 1441
Sabtu Oktober 19 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK MENERUSKAN PENGAJIAN

YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan kepada Encik Ku Mat bin Ku Seman di FELDA Kemahang 1 Tanah Merah, Kelantan pada 30 Mac, 2017.

Sumbangan ini bagi menampung yuran asrama tertunggak anak perempuan beliau iaitu Tengku Siti Rugayyah binti Ku Mat yang belajar di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016.

Sumbangan ini juga adalah untuk membantu anak lelaki beliau, Ku Abdul Muhaimin bin Ku Mat, pelajar lulusan Diploma Tahfiz Darul Quran JAKIM yang akan menyambung pengajian peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir.

Encik Ku Mat Bin Ku Seman tidak dapat menjelaskan tunggakan yuran dan perbelanjaan ke Mesir anak-anak beliau kerana beliau suami isteri hanya bekerja sebagai petani dengan pendapatan lebih kurang RM400.00 sebulan.

Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu kedua beradik ini meneruskan pengajian masing-masing untuk merealisasikan cita-cita mereka.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas kesusahan yang menimpa keluarga terbabit.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini177
Kelmarin1482
Minggu Ini7375
Bulan Ini26936
Keseluruhan599375

X