• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Syaaban 11 1441
Ahad April 05 2020

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PEMUDA HILANG UPAYA AKIBAT KEMALANGAN

YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan kepada Encik Abdullah bin Ahmad , bapa kepada Mohamad Zulkarnain bin Abdullah di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan pada 23 Mac, 2017.

Sumbangan ini sebagai tanda simpati di atas nasib yang menimpa Mohamad Zulkarnain bin Abdullah , berumur 24 tahun menyebabkan beliau hilang upaya sejak 9 tahun yang lepas. Kejadian ini dlaporkan oleh Akhbar Sinar Harian pada 6 Mac, 2017.

Mohamad Zulkarnain telah terlibat dengan kemalangan motosikal sejak 10 tahun yang lepas iaitu ketika beliau berumur 14 tahun dan terlantar setahun kemudian sehingga kini. Kehidupan beliau diuruskan oleh ibu bapa yang hanya bekerja kampung . Ibu hanya menanam sayur dan bapa tidak dapat bekerja berat kerana menghidap barah tulang.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini768
Kelmarin3649
Minggu Ini22106
Bulan Ini16185
Keseluruhan867485

X