• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PEMUDA KOMA AKIBAT KEMALANGAN

YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan kepada Encik Mohd, Ijazi bin Ismai, bapa kepada Mohd. Amir Firdaus bin Mohd Ijazi di Kampung Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan pada 11 April 2017.

Sumbangan ini sebagai tanda simpati di atas nasib yang menimpa Mohamad Amir Firdaus, berumur 17 tahun yang terlibat dengan kemalangan iaitu terjatuh ke dalam cerun apabila motosikal yang dinaikinya terbabas. Kejadian berlaku pada 16 November, 2015 menyebabkan beliau koma sehingga kini.

Kehidupan beliau diuruskan oleh kedua ibu bapa. Bapa bekerja megambil upah membaiki kereta dan ibu bekerja di kantin sekolah. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak (termasuk pesakit) di mana kesemuanya masih dalam tanggungan.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini687
Kelmarin545
Minggu Ini1232
Bulan Ini25155
Keseluruhan548089

X