• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Syawal 13 1441
Jumaat Jun 05 2020

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA-MANGSA RUMAH TERBAKAR DI LORONG CHICA, BEREK 12, KOTA BHARU

Pada 18 April, 2017, Unit Agihan Zakat, MAIK bersama YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK telah menziarahi dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda simpati kepada mangsa-mangsa rumah terbakar di Lorong Chicha, Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.

Kebakaran berlaku pada 17 April, 2017 lebih kurang jam 12.30 tengahari yang melibatkan 7 buah rumah musnah di jilat api. Kebakaran disyaki berlaku akibat litar pintas. Kedudukan rumah yang padat menyebabkan api merebak dengan cepat manakala pihak bomba tidak dapat masuk ke kawasan tersebut dengan kadar segera kerana jalan masuk yang agak sempit.

YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK telah menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa yang terlibat iaitu sebanyak RM1,000.00 kepada setap keluarga.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa keluarga mangsa terbabit.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2850
Kelmarin3595
Minggu Ini18862
Bulan Ini18862
Keseluruhan1194893

X