• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Ahad Muharram 16 1441
Ahad September 15 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PENGURUSAN DAN PELAJAR-PELAJAR MADRASAH DAKWAH ISLAMIAH, PONDOK SERI PERMAI @ SELIGI, PASIR PUTEH, KELANTAN

Majlis penyampaian bantuan zakat kepada pihak pengurusan dan pelajar-pelajar Madrasah Dakwah Islamiah, Pondok Seri Permai @ Seligi, Pasir Puteh, Kelantan telah diadakan pada 18 April, 2017. Majlis penyampaian disempurnakan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Madrasah ini terlibat dengan kebakaran pada 17 April, 2017, lebih kurang jam 9.35 malam semasa semua pelajar berada di surau Madrasah tersebut. Kebakaran ini memusnahkan 10 buah pondok pelajar dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM60,000.00.

Sebagai tanda prihatin dan bersimpati di atas kejadian yang berlaku, MAIK telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM30,000.00 kepada Mudir Madrasah, AF Ustaz Harueman Da Oh bagi pembinaan semula pondok yang musnah di dalam kebakaran tersebut dan sumbangan sebanyak RM500.00 kepada setiap pelajar yang terlibat dengan musibah ini iaitu seramai 9 orang.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas tragedi yang menimpa Madrasah tersebut.

Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1549
Kelmarin1287
Minggu Ini11212
Bulan Ini23826
Keseluruhan546760

X