• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Jumaat Rabiul Akhir 16 1441
Jumaat Disember 13 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN WANG ISTIBDAL TANAH PERKUBURAN ISLAM

Pada 20 April 2017, satu Majlis Penyerahan Wang Istibdal Tanah Perkuburan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Majlis ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Setiausaha MAIK, Encik Rusydee Bin Abdullah. Dalam ucapannya perasmiannya, Tuan Setiausaha menyatakan bahawa Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal utama hartanah wakaf dan sentiasa cakna dengan keperluan umat Islam termasuk kegunaan tanah perkuburan Islam. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan tertinggi MAIK telah meluluskan permohonan keperluan anak Mukim Taman Guru untuk kos pembelian tanah perkuburan berjumlah RM108,000.00 dan permohonan anak Mukim Gual Tinggi untuk kos menambun tanah perkuburan sebanyak RM160,000.00.

Yang Berusaha Tuan Setiausaha turut menyatakan peruntukan pembelian tanah dan penambunan tanah ini adalah dari Wang Istibdal Wakaf Khas perkuburan di Jalan Hamzah.

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaaan dan terima kasih daripada wakil Jawatankuasa Perkuburan Tok Basa Taman Guru Kota Bharu, YBhg Dato’ Dr Haji Zainuddin Bin Haji Ibrahim dan wakil Jawatankuasa Tanah Perkuburan Raudhatus Sa’adah Rantau Panjang, Haji Mohamad Fadeli Haji Harun.

Pihak MAIK mengharapkan pihak pengurusan perkuburan akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan sempurna untuk manfaat dan kepentingan umat Islam.

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

Tags: ,

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1276
Kelmarin1801
Minggu Ini7904
Bulan Ini19290
Keseluruhan671729

X