• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD (ANGKASA) BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

14 Jun 2017 (Rabu) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 14 Jun 2017, jam 2.30 petang bertempat di Tingkat 4, Bangunana Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan ANGKASA telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Zain bin Wan Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Kelantan kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksi pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak serta para wartawan.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 14 dengan jumlah sebanyak RM82,855.03. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini670
Kelmarin545
Minggu Ini1215
Bulan Ini25138
Keseluruhan548072

X