• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD (PUNB) BAGI TAHUN 2016 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

20 Jun 2017 (Selasa) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bagi tahun 2016 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 20 Jun 2017, jam 12.00 tengahari bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan PUNB telah disampaikan oleh YBrs. Encik Shahrum bin Ibrahim kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak serta para wartawan.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 8 dengan jumlah sebanyak RM50,000.00. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini598
Kelmarin545
Minggu Ini1143
Bulan Ini25066
Keseluruhan548000

X