• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Rabiul Awal 16 1441
Khamis November 14 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PERJUMPAAN PENGURUSAN MAIK DAN JPN “SESSI ENGAGEMENT PROGRAM ENGLISH AT MASJID (ENA@M) 2017”

AHAD, 23 Julai 2017 bersamaan 29 Syawal 1438H, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menganjurkan satu majlis perjumpaan warga penggerak program English At Masjid 2017 (EN@M). Majlis ini mempertemukan kesemua pihak yang terlibat dalam program EN@M yang terkini daripada tenaga pengajar, pihak yang menyediakan modul, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah, pihak masjid, pihak JPN, UITM dan pihak pengurusan tertinggi MAIK.

Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MAIK, dalam ucapan beliau menyebut kepentingan teknik pengajaran yang betul supaya pelajar dapat memahami apa yang guru cuba sampaikan. Beliau juga turut menceritakan pengalaman beliau di dalam menimba ilmu dan kepentingan Bahasa Inggeris di dalam berkomunikasi demi masa depan.

Pengarah JPN Kelantan, Tuan Haji Jaafar bin Ismail, dalam ucapan beliau menekankan kepentingan berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar bukan sahaja perlu tahu dan faham malahan perlu membuat nilai tambah pada ilmu yang diperolehi dengan menyumbangkan kepada masyarakat. Beliau juga menyarankan agar kehadiran dan pencapaian pelajar dibuat dan dibandingkan antara 12 buah masjid yang terlibat agar kejayaan sebenar program EN@M dapat diperolehi.

Dalam sesi soal jawab pada penghujung program tersebut, berbagai pandangan telah diutarakan bagi menambahbaik program tersebut pada masa hadapan.

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini83
Kelmarin1629
Minggu Ini4082
Bulan Ini16192
Keseluruhan632931

X