• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Muharram 18 1441
Selasa September 17 2019

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM “ I AM EXCELLENT” 2017

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Unit Pendidikan telah menganjurkan satu program yang dinamakan “ I AM EXCELLENT” bersama pelajar-pelajar asnaf tajaan MAIK dari DRB-Hicom University, Langkawi Tourism Academy, Kolej Space, dan Akademi SAGA di Putera Valley Resort and Training Centre, Tanah Merah.

Program ini telah diadakan selama 2 hari dan 1 malam iaitu dari 2 dan 3 Ogos 2017 bersamaan 9 dan 10 Zulkaedah 1438H. Program ini disertai oleh 52 orang pelajar dan 15 orang urusetia.

Terdapat 5 slot sepanjang program tersebut yang mana adalah Ice Breaking, aktiviti outdoor, ceramah agama, senaman pagi dan Motivasi membina kerjaya. Di setiap slot, pelajar didedahkan dengan nilai-nilai murni dan motivasi dalam memupuk berkerjasama, kepentingan ilmu di dalam kehidupan, dan cara-cara membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran masa hadapan. Selain itu, para peserta juga diterapkan dengan unsur-unsur agama melalui solat berjemaah. Pihak Unit Pendidikan berpuas hati dengan semua kerjasama dan fokus yang diberikan para peserta sepanjang program itu berlangsung.

Majlis penutup program dirasmikan oleh YABrs. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi. YABrs TYDP juga memberi pesan kepada pelajar supaya menghargai jasa MAIK selaku penganjur dan penajaan beliau. Beliau mengucapkan penghargaan bagi penglibatan pelajar dan berpesan agar pelajar terus berhubung dengan MAIK. Program tersebut berakhir dengan jayanya, dengan pembahagian sijil penyertaan dan cenderahati kepada semua pelajar dan penceramah.

Disediakan Oleh : Siti Asmah binti Abdul Ghafar

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini582
Kelmarin545
Minggu Ini1127
Bulan Ini25050
Keseluruhan547984

X